Perkhidmatan tersebut dibawah boleh memberikan maklumat dan nasihat percuma kepada sesiapa sahaja yang mungkin mengalami perhambaan moden, termasuk pendatang, mereka yang mempunyai visa sementara atau yang tidak mempunyai visa.
Anda boleh berbincang tentang kebimbangan anda secara tertutup tanpa diketahui oleh majikan atau penaja anda.
Palang Merah Australia (Palang Merah) memberikan bantuan dan sokongan kepada pendatang di Australia, termasuk mereka yang pernah mengalami pemerdagangan manusia, buruh paksa atau kahwin paksa. Anda mungkin layak untuk Program Sokongan yang boleh menyediakan:
Kami juga boleh memberi anda maklumat tentang organisasi dan agensi lain yang mungkin boleh membantu anda.
Sila Telefon 03 9345 1800
E-mel National_stpp@redcross.org.au
Laman Web www.redcross.org.au/stpp
Anti-Perhambaan Australia boleh memberikan nasihat undang-undang dan penghijrahan percuma dan sulit jika anda mengalami perhambaan moden, termasuk eksploitasi teruk di tempat kerja, di mana-mana sahaja di Australia.
Anti-Perhambaan Australia boleh membantu anda:
Sila Telefon 02 9514 8115
E-mel antislavery@uts.edu.au
Laman Web www.antislavery.org.au
Polis Persekutuan Australia (AFP) boleh melindungi orang yang mengalami pemerdagangan manusia, kerja paksa atau perkahwinan paksa. Anda boleh meminta AFP merujuk anda kepada Palang Merah. Jika anda tidak selesa menghubungi AFP, anda boleh menghubungi Palang Merah untuk mendapatkan nasihat.
Sila Telefon 131 237 (131 AFP)
Laman Web www.afp.org.au
Jika anda memerlukan khidmat jurubahasa, hubungi Perkhidmatan Penterjemahan dan Pentafsiran di 13 14 50.