Perkhidmatan di bawah boleh memberikan maklumat dan nasihat percuma kepada pendatang, orang yang mempunyai visa sementara atau orang yang tidak mempunyai visa. Anda boleh bercakap tentang kebimbangan anda secara tertutup dan tanpa diketahui oleh majikan atau penaja anda.
JobWatch ialah pusat perundangan hak pekerjaan sukarela yang beroperasi di seluruh Victoria, Queensland dan Tasmania. Ia menyediakan maklumat percuma dan sulit serta rujukan tentang hak tempat kerja anda. Sokongan tambahan juga disediakan.
Sila Telefon (03) 9662 1933 (Bandar Melbourne)
Sila Telefon 1800 331 617 (Rantau Victoria)
Laman Web www.jobwatch.org.au
Pusat Pekerja Migran menawarkan nasihat percuma dan sulit kepada pekerja mengenai visa sementara atau mereka yang mempuyai latar belakang migran yang mengalami masalah tempat kerja. Janji temu tersedia dalam talian atau secara peribadi dan sokongan terdapat dalam pelbagai bahasa.
Sila Telefon: (03) 7009 6710
E-mel mwc@migrantworkers.org.au
Laman Web www.migrantworkers.org.au
Ombudsman Keadilan Pekerja sedia membantu anda.
Ombudsman Keadilan Pekerja ialah sebuah agensi Kerajaan Australia yang mengawal selia tempat kerja di Australia.
Ombudsman Keadilan Pekerja memberikan nasihat dan bantuan percuma kepada semua pekerja untuk membantu mereka memahami hak mereka dan, boleh membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja.
Anda tidak akan menghadapi masalah atau perlu risau visa anda dibatalkan kerana menghubungi mereka untuk meminta maklumat tentang gaji anda atau hak tempat kerja yang lain.
Sila Telefon 13 13 94
Laman Web www.fairwork.gov.au
Jika anda adalah ahli kesatuan atau persatuan profesional dan anda menghadapi masalah di tempat kerja, hubungi wakil anda untuk mendapatkan sokongan. Untuk maklumat lanjut layari www.australianunions.org.au
Jika anda memerlukan khidmat jurubahasa, hubungi Perkhidmatan Penterjemahan dan Pentafsiran di 13 14 50.